Current song:

Kempen Kawal Nafsu Makan

PUTRAJAYA – Kecenderungan rakyat Malaysia untuk menjadikan musim perayaan sebagai pesta makanan mendorong Kementerian Kesihatan mengambil langkah pencegahan dengan melancarkan kempen ‘Amalkan 55555’ bagi menggalakkan diet sihat serta mencegah obesiti.

‘Amalkan 55555’ merujuk kepada makan lima makanan setiap hari, lima sajian buah dan sayur, hadkan kepada 500 kalori sahaja untuk setiap waktu makan utama, hadkan kepada lima gram atau satu sudu teh gula untuk minuman manis dan bersenam lima kali seminggu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kempen tersebut bukan hanya terhad untuk musim perayaan Aidilfitri tetapi wajar menjadi ikutan sepanjang masa.

Beliau berkata, berdasarkan tinjauan secara rawak dalam kalangan 181 orang responden dewasa pada sambutan Tahun Baru Cina lalu, sebanyak 51.4 peratus responden mengalami peningkatan berat badan selepas 15 hari menyambut perayaan itu.
Suara

Suara

Suara
Suara