Current song:

Reza Kembali Ke Udara

Setelah keluar daripada salah sebuah stesen radio swasta, kini dia kembali semula sebagai salah seorang ahli keluarga baru Suria FM.

Bakal menggantikan segmen Menu Ceria Suria yang dikendalikan oleh Myra dan juga Zizi sebelum ini, Reza nampak begitu bersungguh-sungguh untuk menjadikan segmen itu popular.

Tapi dengarnya, dulu dia mempunyai masalah dengan pengurusan bekas stesen radio terdahulu, sebab tu kontraknya tak disambung. Hmmm, begitu rupanya cerita.

Tapi sudah pastilah empunya diri akan ada alasan tersendiri. Bertemu Reza, dia memberitahu alasannya.

"Jujurnya, saya keluar daripada stesen radio berkenaan adalah kerana saya ingin menumpukan perhatian kepada studio tarian saya iaitu Patung Studio.

"Alhamdulillah, sekarang ini, kedudukan studio tersebut juga sudah stabil. Dalam masa yang sama, Suria FM melamar saya untuk menyertai keluarga mereka.
Suara

Suara

Suara
Suara