Current song:

Ibu, Anak Tumpaskan Peragut


Kuala Terengganu: “Ibu nekad suruh saya kejar peragut walaupun dalam beg saya hanya ada RM100 dan dua telefon bimbit,” kata Nor Suzilamurni Mohamad, 21, menceritakan detik dia diragut di hadapan rumahnya, Selasa lalu.

Nor Suzilamurni dari Kampung Paya Lima Amas, Batu Enam berkata, sebelum kejadian pada jam 10.30 malam, beliau dan ibunya, Rohana Aziz, 39, membeli mi goreng di kedai berhampiran.

Perasan ada motosikal ekori 

“Saya perasan ada motosikal mengekori kami dalam perjalanan balik, tetapi tidak mengendahkan kerana fikir budak kampung mahu mengusik.

“Tetapi setibanya di depan rumah, motosikal lelaki itu menghimpit motosikal kami ketika saya memperlahankan kenderaan lalu meragut beg dari dalam bakul motosikal.

“Sebaik diragut, ibu suruh saya kejar peragut dan meminta tolong orang kampung. Kami kejar hingga ke Kampung Tebauk, sebelum meminta seorang budak lelaki turut sama mengejar peragut itu.
Suara

Suara

Suara
Suara