Current song:

Kena Serang Bertalu - Talu


Petaling Jaya: "Sepanjang 31 tahun berkhidmat, ini kali pertama saya ditembak penjenayah,” kata Koperal R Subramaniam, 52, yang parah di perut selepas ditembak sekumpulan penjenayah di Jalan Kuchai Lama, di sini kelmarin.

Risiko anggota polis Dia yang bertugas di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, berkata walaupun kejadian itu hampir meragut nyawa, ia tidak sedikit pun melunturkan semangatnya untuk terus memerangi jenayah.
“Ia pengalaman tidak akan saya lupakan sepanjang hayat. Inilah risiko dihadapi pegawai dan anggota polis setiap hari dalam melindungi keselamatan negara dan ketenteraman awam,” katanya kepada pemberita, di sini semalam.

Menceritakan semula kejadian itu, Subramaniam berkata, dia dan rakan setugas, Koperal Nor Azlan Abu Bakar, 41, sedang meronda di Jalan Kuchai Lama sebelum terserempak sebuah kereta PROTON Saga dinaiki empat lelaki dalam keadaan mencurigakan.

“Suspek kemudian diarahkan berhenti untuk pemeriksaan, namun tidak diendahkan sebelum mereka memecut melarikan diri sehingga di persimpangan lampu isyarat di Jalan Kuchai Lama. Ketika cuba mendekati kereta itu, seorang daripada mereka mengeluarkan pistol dan melepaskan tembakan ke arah kami.
Suara

Suara

Suara
Suara