Current song:

Penyamun Sewa Teksi


KLANG: Kegiatan sekumpulan lelaki menggunakan teksi untuk menyamun tumpas dengan tertangkapnya empat lelaki di sebuah pangsapuri di Bandar Puteri Puchong, di sini, Ahad lalu.

Kejayaan itu hasil laporan polis dibuat seorang suri rumah berusia 40-an yang kerugian RM10,000 selepas disamun kumpulan terbabit yang datang ke rumahnya di Taman Sungai Jati, di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, ketika kejadian jam 10 pagi itu, mangsa yang berada di rumahnya bersama tiga lagi anggota keluarga didatangi suspek dengan menaiki teksi.

Beliau berkata, tanpa berasa curiga, mangsa keluar dari rumahnya selepas melihat seorang lelaki membunyikan loceng dan memanggil tuan rumah.

“Sebaik keluar dan menghampiri suspek, mangsa diacukan parang sebelum tiga lagi rakan suspek yang berada dalam teksi keluar untuk menyamun.

“Bimbang dicederakan, mangsa membiarkan suspek melarikan beberapa barangan kemas miliknya dan sebuah komputer riba,” katanya dalam sidang media di IPD Klang Selatan, di sini, semalam.

Katanya, siasatan lanjut menahan semua suspek berusia 18 hingga 27 tahun dan merampas pelbagai barangan yang dipercayai disamun termasuk sebahagian barang milik suri rumah terbabit.

Antara barang yang dirampas termasuk lima telefon bimbit, rantai emas, loket emas, rantai tangan, rantai leher, komputer riba, kunci dan sebilah pisau.
Suara

Suara

Suara
Suara