Current song:

Sukan Paralimpik London Melabuh Tirai



LONDON - Selepas 11 hari berlangsung, akhirnya sukan terbesar untuk orang kelainan upaya, Sukan Paralimpik ke-14 melabuh tirai di Stadium Olimpik, Olympic Park di London Timur semalam.

Dalam satu lagi pertunjukan bunga api yang mengujakan, Rio de Janeiro, Brazil, secara rasmi mengambil alih selaku tuan rumah kejohanan daripada Britain.

Selepas kejohanan berakhir, China kekal sebagai kuasa besar setelah menggondol 95 emas, 71 perak dan 65 gangsa dengan jumlah keseluruhan 231 pingat.

Rusia di tempat kedua dengan 36 emas, 38 perak dan 28 gangsa sementara tuan rumah di tempat ketiga memungut 34 emas, 43 perak dan 43 gangsa.

Malaysia yang menghantar 23 atlet berada di tempat ke-65 bersama Singapura setelah masing-masing memungut satu perak dan satu gangsa.

Malaysia memperoleh perak menerusi pemanah Hasihin Sanawi dalam acara recurve W1/W2 (wheelchair) lelaki individu dan gangsa menerusi Muhammad Ziyad Zolkefli dalam acara lontar peluru lelaki F20 (Intelectual Disability).


Suara

Suara

Suara
Suara