Current song:

Polis Edar 11 Keping Gambar


KUALA LUMPUR 3 Sept. - Polis hari ini mengedarkan 11 keping gambar menunjukkan beberapa peserta Perhimpunan Janji Bersih yang melakukan pelbagai kesalahan semasa ambang sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 di Dataran Merdeka pada malam Khamis lalu.

Antara gambar-gambar diedarkan ialah dua peserta wanita memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang disiarkan pada muka depan Mingguan Malaysia semalam.

Turut diedarkan ialah gambar seorang pemuda menunjukkan punggung di atas gambar Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta beberapa keping gambar peserta lelaki dan wanita lain yang mengibarkan bendera untuk menggantikan Jalur Gemilang.

Menurut sumber, polis mengenal pasti pemuda berkenaan adalah pelajar sebuah kolej swasta di Cheras.

Bagaimanapun, ketika pemeriksaan polis, pelajar terbabit telah melarikan diri ke Batu Pahat, Johor.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, kesemua 11 keping gambar diedarkan itu menunjukkan kesalahan yang dilakukan oleh peserta perhimpunan tersebut.
Suara

Suara

Suara
Suara