Current song:

Sharbinee Malu


“BENAR saya melakukan kesilapan, tapi jangan maki-hamun dan tolak saya di depan ribuan penonton, saya juga ada maruah seperti orang lain,” kata penjaga gol utama Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramli, ketika diminta mengulas mengenai pertelingkahannya dengan jurulatih, Peter Butler ketika pertemuan dengan Kedah malam kelmarin yang berkesudahan seri 1-1.

Sharbinee berkata, lebih memalukannya apabila jurulatih berasal dari England itu mengekorinya hingga berhampiran pintu masuk pemain sambil menuding jari ke arahnya dengan mengeluarkan kata-kata kesat sebelum diredakan jurulatih penjaga gol, Zuber Ibrahim.

Tambah penjaga gol itu, dia tidak kisah dimarahi jurulatih itu kerana melakukan kesilapan menolak bola masuk ke gawangnya sendiri tapi jurulatih itu perlulah memilih tempat yang sesuai seperti dalam bilik persalinan dan bukannya di padang.

“Sebagai jurulatih berpengalaman, tindakan Butler itu jelas tidak profesional dan tidak sepatutnya dilakukan biarpun saya dapati dia begitu kecewa dengan kesilapan yang saya lakukan,” katanya yang mengakui kesilapan itu kerana pada ketika angin agak kuat.

Penjaga gol berusia 25 tahun itu berkata, berikutan kesilapannya itu, dia memohon maaf kepada semua pemain termasuk kira-kira 15,000 penonton yang hadir dan bertekad akan memperagakan aksi terbaik jika masih diturunkan.

Suara

Suara

Suara
Suara