Current song:

Raja Bola Tan Sri Abdul Ghani Minhat Meninggal Dunia


KUALA LUMPUR: Raja bola, Tan Sri Abdul Ghani Minhat meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini akibat komplikasi selepas menjalani pembedahan pintasan jantung di institut itu.

Allahyarham, 77, menjalani pembedahan itu pada Selasa lalu dan menghembuskan nafas terakhir pada 10.34 pagi ini, kata adik iparnya, Datuk Nik Kamaruddin Ismail kepada Bernama, di sini hari ini.
Nik Kamaruddin berkata jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di masjid Kampung Baru, di sini sebelum dikebumikan selepas solat Jumaat di Tanah Perkuburan Islam USJ 21, Subang Jaya.

Allahyarham Abdul Ghani meninggalkan isteri Puan Sri Tengku Aishah Tengku Ibrahim dan empat anak, dua lelaki dan wanita.

Di zaman kegemilangannya di sekitar tahun 1960-an hingga 1970-an, Allahyarham yang bermain sebagai 'inside forward', merupakan pemain yang licik dan lincah dan sering menggerunkan pihak lawan.

Walaupun dilahirkan di Rantau, Negeri Sembilan pada 1935, Allahyarham banyak menyumbangkan tenaga sebagai pemain dan jurulatih bersama pasukan Selangor.

Pada 1959, Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) menganugerahkan gelaran Raja Bola kepada Allahyarham sebagai menghargai sumbangannya kepada negeri itu.
Suara

Suara

Suara
Suara