Current song:

6 Bintang Muda Jadi Rebutan


Kuala Lumpur: Sekurang-kurangnya enam bintang muda dijangka menjadi rebutan antara skuad Harimau Muda A dengan pasukan kelab dan negeri sebelum sepak mula Liga Malaysia musim depan.

Bintang muda berbakat terbabit Rozaimi Abd Rahman (Sabah), Ashri Chuchu (Sarawak), Zubir Azmi (Terengganu), Azrif Nasrulhaq Badrul (PKNS) serta Kenny Pallraj dan Nurridzuan Abu Hassan (Perak). Khidmat mereka diperlukan Harimau Muda A berikutan skuad itu kehilangan tiga tonggak Mahali Jasuli, V Kavichelvan dan Affize Faisal yang mencecah usia 24 tahun, tahun depan.

Selain Mahali, Kavi dan Affize, mungkin enam atau tujuh pemain lain yang kebanyakannya pemain simpanan terpaksa dilepaskan ke negeri asal atau Harimau Muda B.

Keadaan ini pastinya menggusarkan pasukan kelab dan negeri yang kini sedang bersiap-siap melengkapkan barisan pemain terkuat bagi menghadapi musim lebih mencabar Liga-M musim 2013.

Jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee, berkata misinya untuk 2013 ialah ingin memastikan skuad B-23 negara mempertahankan pingat emas buat kali ketiga berturut-turut di Sukan SEA Myanmar, Disember tahun depan.

Saya akan bincang dan tentukan pemain untuk skuad 2013 pada minggu depan iaitu selepas berakhir Liga Singapura.
Kemudian saya akan tawarkan tempat buat pemain yang dirasakan perlu dan mengharapkan mereka dilepaskan pasukan negeri masing-masing demi persiapan mantap Sukan SEA 2013.

Harap Jawatankuasa Eksekutif FAM dapat memberi kata putus bulan depan untuk memudahkan perancangan saya pada 2013 terutama dalam menyusun jadual perlawanan persahabatan di Eropah, kata Kim Swee ketika dihubungi, semalam.


Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/27
Dipetik dari BERITA HARIAN

Suara

Suara

Suara
Suara