Current song:

Awas Singa!


Kuala Lumpur: Pertemuan separuh akhir kedua Piala Malaysia antara Tentera dan Lions XII di Stadium MP Selayang, malam ini umpama perhitungan skuad bola sepak dua negara, Malaysia dan Singapura.

Ini kerana Tentera yang memburu kejuaraan sulung kejohanan paling berprestij itu dibarisi sekurang-kurangnya lima pemain Harimau Malaya manakala Lions XII, majoriti pemainnya adalah daripada skuad kebangsaan Singapura.

Lima pemain tunggak Harimau Malaya yang kini menjadi


tunggak Tentera ialah Aidil Zafuan Radzak, Zaquan Adha Radzak, Azmi Muslim, Amirizdwan Taj Tajudin dan Christie Jayaselan.
Tiga lagi pemain adalah bekas tonggak skuad kebangsaan, iaitu Hairuddin Omar, Irwan Fadzli Idrus dan Rezal Zambery Yahya.

Bagi Lions XII - pemain terbabit ialah Izwan Mahbud, Shaiful Esah, Baihakki Khaizan, Shahdan Sulaiman, Hariss Harun dan kaptennya, Shahril Ishak.



Tentera pernah dua kali dikecewakan Selangor pada final 1949 dan 1966, lantas penantian panjang itu diyakini Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin mampu ditamatkan dan ia bermula malam ini.

Lions XII pula yang merupakan ‘wajah baru’ pasukan Singapura apabila kembali bersaing musim ini selepas menarik diri sejurus menjuarai Piala Malaysia 1994 pasti berhajat besar untuk meraih kejuaraan kali ke-25.
Sumber dari Bharian 

Suara

Suara

Suara
Suara