Current song:

Eja ganti Sofia

Untuk kali ketiga, watak Tun Dr Siti Hasmah dalam projek teater berjudul sama, bertukar tangan. Andai kali pertama, aktres Erra Fazira menarik diri dan tugas itu diamanahkan kepada Datin Sofia Jane, nasib sama menimpa produksi teater ini. Terbaru, aktres berdarah kacukan itu pula membuat keputusan sama berundur daripada pementasan itu. 

Tiada angin atau ribut, tiba-tiba HIP mendapat maklumat kononnya Sofia melupakan hasrat melakonkan watak Hasmah. Berusaha mencari kepastian, akhirnya berita itu disahkan Pengerusi World Islamic Network Television, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan yang juga penerbit teater Tun Dr Siti Hasmah kepada BH. 





dengan penarikan diri Sofia, namun pihaknya bersyukur kerana projek itu tidak terbantut kerana Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-24, Eja sudi menggantikan Sofea bagi watak utama itu. 
Eja jalani latihan 

“Saya sahkan Eja menggantikan tempat Sofia untuk membawa watak Dr Siti Hasmah. Dia sudah pun menjalani latihan dan saya percaya dia boleh membawakan watak itu dengan baik,” katanya. 

Ditanya mengapa Sofia menarik diri, suami kepada pelakon Umie Aida hanya menyatakan ia adalah untuk kepentingan semua pihak. 

“Mungkin jadual Sofea tidak dapat diselaraskan dengan kehendak produksi hingga dia terpaksa menarik diri. Namun, menurut Sofia, tindakannya itu adalah untuk kepentingan semua pihak termasuk pihak produksi, Siti Hasmah dan dirinya,” katanya. 
Perasaan bercampur-baur 

Eja atau nama sebenarnya, Siti Shahrizah Saifuddin ketika dihubungi HIP mengaku perasaan bercampur -baur. 

Akui aktres jelita ini, rasa teruja dan gementar bagai bersarang dalam diri. Walaupun pada awalnya, dia ragu-ragu menerima tawaran itu, namun dengan sokongan Umie dan pengarah teater, Erma Fatima, Eja bersetuju. 

“Ini adalah pengalaman pertama Eja beraksi di atas pentas. Sebelum ini, Eja pernah menolak beberapa tawaran untuk berlakon teater kerana Eja tidak yakin. Semuanya berlaku begitu pantas. Eja dihubungi Umie untuk membawakan Dr Siti Hasmah pada era isteri Perdana Menteri. 

“Selepas melihat skrip, Umie tanpa banyak soal menganggap Eja sudah bersetuju untuk membawakan watak itu. Biasalah Umie, dia memang tidak akan menerima jawapan ‘tidak’ untuk permintaan itu. Dengan kepercayaan dan sokongan yang diberi akhirnya saya bersetuju untuk melakonkan watak itu,” katanya. 

Lebih fokus 

Berikutan kesuntukan masa, Eja yang ditawarkan watak itu akhir bulan lalu terpaksa memberi fokus yang lebih dari segi latihan. 

“Sehingga ke hari ini, saya masih belum terlepas sesi latihan. Walaupun dalam keadaan terkejar-kejar kerana terpaksa menguruskan anak yang baru saja bersekolah, saya tetap menghadiri sesi latihan,” katanya yang mengharapkan sokongan ramai pihak terhadap teater sulungnya itu. 

Teater Tun Dr Siti Hasmah ini turut dibintangi Esma Daniel sebagai Tun Dr Mahathir pada usia dewasa dan Nazim Othman (watak Dr Mahathir ketika muda) bersama kira-kira 25 pelakon lain. Teater ini bakal dipentaskan mulai 9 hingga 19 November di Panggung Sari, Istana Budaya.
Suara

Suara

Suara
Suara