Current song:

Balotelli Cetus Kontroversi Lagi


MANCHESTER - Manchester City cuba untuk tidak menghebohkan satu lagi perbalahan dengan penyerang kontroversi Mario Balotelli, selepas juara Liga Perdana Inggeris itu mempamerkan prestasi terbaik musim ini dengan kemenangan 3-0 ke atas Sunderland, kelmarin.

Jaringan Aleksandar Kolarov, Sergio Aguero, yang menggantikan Balotelli pada minit ke-55 dan gol James Milner, merupakan kemenangan tanpa bolos pertama City musim ini.

Namun perlawanan tersebut diselubungi isu sikap Balotelli yang terus meninggalkan padang dengan meluru ke terowong menuju bilik persalinan selepas dia dikeluarkan.

Jurulatih City, David Platt ternyata enggan mengundang satu lagi perbalahan di kelab itu.

"Saya tidak tahu," kata Platt ketika ditanya mengapa Balotelli meluru ke terowong ke bilik persalinan dan tidak duduk di bangku pemain City.

Platt memberikan jawapan yang sama apabila ditanya sama ada ia merupakan prosedur biasa bagi pemain yang dikeluarkan terus menuju ke bilik persalinan dan bukannya menyaksikan baki perlawanan.



Suara

Suara

Suara
Suara