Current song:

Ciuman Akhir Jadi Kenangan


Masjid Tanah : Seorang pelajar mencium pipi ibunya berulang kali sebelum bergegas pulang ke Kolej Komuniti Masjid Tanah dan maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kereta di Kampung Durian Daun, dekat sini, semalam.

Kejadian berlaku jam 8 pagi apabila motosikal yang ditunggang Nurul Nabilah Daud, 18, dari Kampung Lendu, terbabas lalu merempuh kereta berkenaan. Ibu mangsa, Rosnah Sulong, 59, berkata dua hari sebelum kejadian, anaknya itu juga ada menyatakan hasrat untuk tidur di rumah seorang rakannya kerana sebelum itu tidak pernah berbuat demikian.

Ungkapan terakhir

“Tanpa membantah, saya benarkan. Pagi tadi (semalam) ketika saya mengaji, dia peluk dan cium pipi saya. Dia beritahu sudah terlambat dan tak sempat nak sarapan serta perlu segera pergi.

“Tak sangka, ungkapan terakhir itu petanda dia hendak pergi meninggalkan kami untuk selamanya,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Rosnah berkata, beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu, beliau bersama seorang lagi anak lelakinya bergegas menunggang motosikal ke lokasi kejadian yang letaknya kira-kira empat kilometer dari kediamannya di Kampung Lendu.
Suara

Suara

Suara
Suara