Current song:

Tiket Final RM 40


KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan harga tiket bagi perlawanan akhir Piala Malaysia 2012 di Stadium Shah Alam 20 Oktober ini pada harga RM40 untuk dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak bawah 12 tahun.

Menerusi satu kenyataan semalam, FAM berkata, penentuan harga tiket tersebut dibuat pada Mesyuarat Exco FAM 4 Februari lalu.

Pasukan yang bakal beraksi dalam perlawanan akhir bakal ditentukan pada perlawanan separuh akhir kedua yang melibatkan pertembungan di antara Kelantan dan Selangor Jumaat ini manakala ATM menentang LIONXII esok.

Pada perlawanan akhir Piala Malaysia tahun lalu, FAM menetapkan harga tiket RM50 bagi semua tempat duduk yang melibatkan antara Terengganu dan Negeri Sembilan.

Bagaimanapun harga itu dianggap kurang munasabah oleh peminat bola sepak tempatan sebaliknya Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Amin berkata, harga tersebut sangat wajar kerana FAM terpaksa menanggung beberapa kos termasuk bayaran kepada pihak stadium.
Suara

Suara

Suara
Suara