Current song:

Elfira bukan kekasih Randy

Pelakon dan penyanyi Indonesia, Randy Pangalila, 22, menafikan dirinya bercinta dengan bintang muda negara ini, Elfira Loy.

Malah, pemuda terbabit mengaku sudah pun mempunyai teman wanita bernama Michella Putri, 19, yang juga gandingannya dalam drama bersiri Nada Cinta. Tidak terkejut mahupun marah dengan gosip mengaitkannya dengan pelakon remaja yang kian meningkat popular itu, Randy sebaliknya berkata, dia sudah lali dengan cerita sebegitu.
Randy juga menyifatkan Elfira

sebagai teman rapatnya kerana mereka sering digandingkan bersama dalam beberapa projek. Selepas telefilem Biar Mimpi Sampai Ke Bintang, kini kedua-duanya digandingkan lagi dalam drama bersiri Dalam Hati Ada Taman.

"Kami hanyalah kawan kerana saya pun sudah ada cewek di Indonesia. Kami sudah berpacaran sejak dua tahun lalu. Secara jujur, kami memang serius, tetapi untuk berkahwin, saya masih belum tahu bila waktunya," - Randy Pangalila
“Kami hanyalah kawan kerana saya pun sudah ada cewek di Indonesia. Kami sudah berpacaran sejak dua tahun lalu. Secara jujur, kami memang serius, tetapi untuk berkahwin, saya masih belum tahu bila waktunya,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media drama terbaru lakonannya itu di ibu kota, barubaru ini.

Elfira turut mengaku tidak mempunyai apa-apa hubungan istimewa dengan Randy, malah dia amat menghormati hubungan Randy bersama Michella. Sebagai teman rapat, Elfira tahu Randy begitu menyayangi teman wanitanya.

Bagaimanapun, bagi peminat yang menyukai gandingan Randy-Elfira, mereka pasti gembira apabila drama bersiri 13 episod lakonan dua bintang muda ini akan ditayangkan mulai 29 Oktober nanti di saluran Astro Ria, setiap Isnin, jam 9.30 malam.

Menurut sutradaranya, Micheal Ang, kedua-duanya disatukan kembali berikutan sambutan memberangsangkan daripada peminat telefilem sebelum ini. Jika sambutan sebegitu berterusan, dia tidak teragak-agak untuk menghasilkan filem buat mereka berdua.
Rezeki Randy juga semakin lebat di Malaysia apabila pada penghujung tahun ini, dia sekali lagi akan turun ke sini bagi menjayakan filem KL Meroyan, juga arahan Micheal. Dalam filem itu, dia akan digandingkan dengan Erra Fazira dan Didie Alias, selain Elfira.

Tidak masuk secara haram

Sementara itu, pemuda ini sekali lagi menegaskan, dia tidak bimbang untuk terus mencari rezeki di negara ini kerana dirinya yakin, permit kerjanya sah di sisi undang-undang.

Sememangnya, Randy sedar isu kemasukannya ke Malaysia dan terbabit dalam beberapa projek keluaran negara ini menjadi isu buat sesetengah pihak.

Katanya, dia sudah bersedia dari awal dan permit ialah perkara pertama yang dititikberatkan sebelum menerima tawaran lakonan daripada Cube Film Sdn Bhd pada tahun lalu.

“Isu tiada permit itu hanya salah faham dan saya pun tidak mahu memperbesarkan benda ini. Permit memang ada dan sudah diuruskan Cube Film sendiri. Saya pun tahu permit itu penting untuk saya. Sebelum saya datang pun, perkara pertama yang saya tanya ialah soal permit.

“Saya juga tidak mahu memasuki negara orang secara haram. Saya selesa berlakon bersama produksi di Malaysia dan jika ingin dibandingkan dengan di Indonesia, berlakon di bawah arahan pengarah di sini lebih memberikan kepuasan. Sebagai pelakon, saya dapat menghayati jalan cerita dari awal sampai habis, dengan pemberian skrip sebelum penggambaran.

“Tidak seperti di Indonesia, skrip hanya diberikan sehari sebelum penggambaran dijalankan dan kami tidak tahu penghujung ceritanya kerana jalan cerita digubah mengikut rating dan kehendak pengarah. Peralatan digunakan di sini juga lebih maju, dan gambar tampak lebih berkualiti. Cuma dari segi bayaran, di Indonesia ia lebih mahal,” ujar pemuda ramah ini.

INFO: Randy Pangalila

  • Nama: Randy Dionisius Pangalila
  • Umur: 22 tahun
  • Asal: Surabaya, Jawa Timur.
  • Telefilem: Oh Baby (2008), Kutukan Suster Ngesot (2009), Saya Cinta, Bajingan (2009), Pasangan Romantis (2010), Tiga Cinta (2010) dan Biar Mimpi Sampai                


  •  Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/16
    Dipetik dari Bharian            
    Suara

    Suara

    Suara
    Suara