Current song:

Harapan Kepada Zakry - Fairuzizuan


KUALA LUMPUR - Daripada lima wakil negara beraksi pada separuh akhir Grand Prix Emas Terbuka Taiwan semalam, hanya gandingan beregu lelaki Mohd. Zakry Abdul Latif-Mohd. Fairuzizuan Tazari 'terselamat' dan meneruskan kemaraan ke perlawanan akhir kejohanan yang menawarkan hadiah AS$200,000 (RM600,000).

Empat lagi wakil iaitu Chong Wei Feng dalam perseorangan lelaki, Ow Yao Han-Chooi Kah Ming (beregu lelaki), Vivien Hoo- Woon Khe Wei (beregu wanita) serta Ong Jian Guo-Khe Wei (beregu campuran), kesemuanya terkandas.

Selaku pilihan kedua, Mohd. Zakry-Mohd. Faruzizuan yang berkedudukan ranking ke-27 dunia tidak menghadapi banyak masalah untuk menewaskan lawan kurang ternama tuan rumah, 21-13, 21-15 sekali gus berpeluang menamatkan kemarau kejuaraan sebagai pasangan bebas apabila bersemuka pilihan utama Indonesia, Angga Pratama-Ryan Agung Saputra pada perhitungan akhir hari ini.

Pasangan Malaysia yang kini bernaung di bawah KLRC itu masih tercari-cari gelaran sulung sejak menjulang GP Emas Terbuka India pada Jun 2010, namun haruslah mencari ikhtiar mengatasi lawan sama yang menewaskan mereka pada satu-satunya pertembungan sebelum ini iaitu sewaktu pusingan kedua GP Emas Terbuka Australia, April lalu.





Suara

Suara

Suara
Suara