Current song:

Pasukan Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera Berlepas Ke Myanmar


SEPANG: Pasukan utama misi bantuan kemanusiaan Myanmar Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) diketuai Presiden kelab, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berlepas ke negara itu hari ini.

Pasukan itu yang turut disertai 35 yang lain terdiri daripada sukarelawan pelbagai bangsa dan agama serta petugas media berlepas dari Terminal Tambang Murah (LCCT) di sini kira-kira jam 5 petang tadi. Menurut Abdul Azeez, Myanmar adalah negara ke-27 yang dikunjungi KP1M dalam misi bantuan kemanusiaan dan ia dianggap antara negara yang sukar untuk dimasuki.
Bagaimanapun mereka akhirnya mendapat kebenaran masuk selepas dibantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atas keakraban hubungan kedua-dua negara, katanya kepada pemberita sebelum berlepas.

Kumpulan itu dilepaskan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Azeez memohon seluruh rakyat Malaysia supaya mendoakan pasukan itu selamat pergi dan balik.

Kira-kira 500 tan metrik bantuan berupa makanan, bahan perubatan dan beberapa keperluan dibawa ke negara itu menggunakan 40 kontena menerusi kapal.
Pada 29 September lalu, seramai 14 sukarelawan berlepas untuk misi itu dan bertindak sebagai pemberi maklumat berhubung ketenteraman, memantau kontena yang membawa barangan serta menjadi perantara kedutaan Malaysia dan kerajaan di sana.
Suara

Suara

Suara
Suara