Current song:

Harimau perlu 'ngap' Geylang


Singapura: Harimau Muda A memerlukan kemenangan ke atas Geylang United pada aksi ke-22 Liga Singapura di Stadium Yishun, Singapura, malam ini bagi mengesahkan tempat di kelompok lima teratas ketika saingan musim ini berbaki tiga perlawanan.

Biarpun masih segar dengan kejayaan menjuarai kejohanan jemputan B-21 Thanh Nien, Piala Newspaper 2012 di Gia Lai, Vietnam, Ahad lalu, Harimau Muda A sedikit pincang apabila bakal turun tanpa penyerang utama, Ahmad Hazwan Bakri yang digantung satu perlawanan.

Namun, jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee (kiri) sedikit lega apabila dapat menyenaraikan semula Mahali Jasuli, Gary Steven Robbat dan Wan Zack Haikal Wan Nor yang mendapat pelepasan seketika daripada kem pusat skuad kebangsaan selain Izuan Salahuddin dan Syahid Zaidon.

“Cuma Fadhli Shas tidak dapat bersama kerana demam. Apa pun daripada 18 pemain yang ada ini, saya hanya boleh turunkan 13 pemain cergas kerana A Thamil Arasu, Syahrul Azwari Ibrahim, Syazwan Tajudin dan Fandi Othman masih cedera manakala Hazwan digantung.

“Kami tetap berusaha mengutip tiga mata penuh bagi menepati sasaran awal menduduki lima teratas. Jika berjaya, kami akan cuba dalam baki dua perlawanan berikutnya untuk dapat kedudukan lebih baik, tiga teratas kalau boleh,” kata Kim Swee.
Tampines Rovers kini di puncak dengan 49 mata diikuti Brunei DPMM (45), Albirex Niigata (41), Home United (38), Harimau Muda A (38) dan Balestier Khalsa (35) untuk enam kedudukan teratas.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/24
Dipetik Dari Bharian
Suara

Suara

Suara
Suara