Current song:

Isu Selesai - Azzuddin


PETALING JAYA - ''Tiada apa isu antara (Datuk) K. Rajagobal dan Ong Kim Swee, semua permasalahan telah diselesaikan secara baik," jelas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad.

Menurut Azzuddin, tiada apa yang perlu diperbesarkan mengenai isu pengambilan pemain Harimau Muda A ke skuad utama kebangsaan.

Katanya, kedua-dua jurulatih telah mencapai kata sepakat bahawa keutamaan harus diberikan kepada skuad kebangsaan (Harimau Malaya) yang mahu mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki AFF, November ini.

''Anda semua perlu faham hala tuju pasukan kebangsaan dan Harimau Muda di samping asas pembentukan Harimau A atau B dalam sistem bola sepak negara.

''Pasukan Harimau Muda merupakan pasukan pelapis yang akan bertindak sebagai penyalur pemain kepada pasukan kebangsaan.

''Memandangkan kejohanan Piala Suzuki AFF yang akan berlangsung pada November ini, sudah tentu kepentingan pasukan kebangsaan akan diutamakan," katanya.



Suara

Suara

Suara
Suara