Current song:

Schumacher Berundur


Suzuka : Juara dunia tujuh kali, Michael Schumacher semalam mengumumkan bahawa dia akan bersara buat kali kedua pada penghujung saingan musim ini.

“Saya sudah buat keputusan untuk bersara pada akhir musim ini. Saya masih berasakan mampu bersaing sekali lagi tetapi masanya sudah tiba untuk saya mengucapkan selamat tinggal. Kali ini, buat selama-lamanya. “Sepanjang beberapa bulan kebelakangan ini, saya tidak pasti jika masih memiliki motivasi dan tenaga untuk terus bersaing. Bukan cara saya untuk meneruskannya jika tidak berasakan diri ini 100 peratus. Saya rasa lega selepas buat keputusan hari ini (semalam),” kata Schumacher.

Tempat pemandu berusia 43 tahun itu dalam pasukan Mercedes musim depan akan diambil alih pemandu McLaren, Lewis Hamilton.

Sepanjang kariernya, Schumacher memenangi 91 perlumbaan sepanjang 1991 hingga 2006 dengan dua juara dunia bersama Benetton pada 1994 dan 1995 serta lima kali bersama Ferrari dari 2000 hingga 2004.

Pemandu Jerman itu bersara kali pertama pada 2006 sebelum membuat keputusan kembali berlumba pada 2010 dengan mengikat kontrak tiga tahun bersama Mercedes. 

Suara

Suara

Suara
Suara