Current song:

Siasatan Terhadap Syarikat Dagangan Emas Akan Dipercepat: Bank Negara


KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia, polis dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan menggembleng sumber yang diperlukan untuk mempercepat siasatan ke atas Genneva Malaysia Sdn Bhd, Pageantry Gold Bhd, Caesar Gold Sdn Bhd dan Worldwide Far East Bhd.

Bank Negara dalam satu kenyataan hari ini berkata, keempat-empat syarikat itu, yang baru-baru ini diserbu oleh pihak berkuasa, akan disiasat kerana disyaki melakukan kesalahan seperti mengambil deposit secara haram, mengubah wang haram, mengelak cukai, memberikan gambaran yang salah termasuk deskripsi palsu dan melantik ejen tanpa lesen.

"Aset dan akaun yang disita hasil daripada serbuan tersebut disimpan bagi memudahkan siasatan ke atas syarikat yang disyaki melakukan kesalahan dan untuk melindungi kepentingan pelabur," katanya.

Bank pusat itu juga menasihatkan orang awam untuk berhati-hati terhadap skim pelaburan yang menjanjikan pulangan yang tinggi dalam jangka masa yang pendek yang memberikan jaminan pulangan bagi jumlah pokok yang dilaburkan.
Suara

Suara

Suara
Suara