Current song:

‘Saya Tak Buat Jenayah’



KUALA LUMPUR: Adinda Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra memberitahu Mahkamah Tinggi beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan yang berunsur jenayah ketika polis menahannya pada 30 Julai 2009.

Tengku Muhammad Fakhry, 34, dalam penyataan saksi berkata, beliau juga tidak diberitahu sama ada dia melakukan kesalahan berunsur jenayah dan tidak tahu mengapa ditahan polis di pekarangan Istana Mahkota, Kubang Kerian, Kelantan.

“Saya ditahan sekurang-kurangnya satu jam oleh polis dan tidak dibenarkan keluar dari Istana Mahkota ketika itu,” katanya pada perbicaraan kes saman RM150 juta beliau terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan tiga lagi yang didakwa menahannya secara salah pada tarikh itu.

Saman itu difailkan pada 9 Disember tahun lalu dan selain Ismail, beliau menamakan Ketua Pengawal Peribadi Sultan Kelantan, Asisten Superintendan Norazman Ismail, Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi dan Polis Diraja Malaysia sebagai defendan. Dalam penyataan tuntutan, Tengku Muhammad Fakhry mendakwa beliau ditahan secara salah pada 30 Julai 2009 di kawasan Istana Mahkota Kubang Kerian ketika memandu sebuah kereta Bentley Brooklands.

Suara

Suara

Suara
Suara