Current song:

T-Team, Mana Gaji Kami


Kuala Terengganu: Ketika T-Team sedang berkira-kira berbelanja besar untuk membeli pemain import termasuk bekas pemain Liverpool, Robbie Fowler, pada Liga Malaysia musim depan, lima penolong jurulatih pasukan bertaraf kelab itu mengeluh kerana mereka masih belum menerima gaji bulan September.

Seorang penolong jurulatih yang enggan namanya disiarkan berkata, sekurang-kurangnya lima penolong jurulatih T-Team yang belum menerima gaji bulan September. Kini Oktober semakin berakhir dan tidak ada tanda yang kami akan menerima gaji bulan lalu atau bulan ini.


Bukan kami mahu berkira dengan pihak pengurusan, namun kami juga mahu menyambut Aidiladha dan pastinya sukar bagi kami sekiranya tidak menerima gaji, katanya semalam.

Katanya lagi, mereka terkilan apabila mendapat tahu pemain, jurulatih dan petugas pasukan lain, sudah pun menerima gaji bulan lalu.

Kami tidak faham mengapa gaji kami masih belum dibayar sedangkan mereka yang bergaji jauh lebih besar daripada kami menerima bayaran tepat pada masanya, katanya.

                                                                                                                                                                               Berita Selanjutnya



Beliau berkata, agak sukar bagi mereka mempercayai T-Team menghadapi masalah kewangan kerana kelab itu ditadbir kerajaan negeri.
Pada 16 September lalu, akhbar melaporkan T-Team gagal membayar elaun lima pegawai termasuk penolong jurulatih yang tertunggak sejak tiga bulan lalu sehingga mendapat perhatian Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Sehubungan itu, Ahmad berjanji akan melakukan siasatan termasuk mengarahkan pengurusan pasukan menyerahkan dokumen lengkap perbelanjaan pasukan.

Bagaimanapun, pengurus T-Team, Rozi Mamat (kiri) menafikan perkara itu dengan menegaskan ia berlaku disebabkan masalah teknikal termasuk tersilap nama serta akaun nombor penerima dan menafikan pengurusan tidak mempunyai sumber kewangan.

Katanya, hanya dua pembantu jurulatihnya, yang lewat menerima elaun untuk bulan sebelumnya.

Sumber Dari Bharian
Suara

Suara

Suara
Suara