Current song:

Bunuh Bilal Solat


TANAH MERAH: “Ketika baru nak pakai telekung, saya terdengar bunyi orang bergelut diikuti bunyi orang jatuh. Apabila dijenguk menerusi tirai, saya lihat suami terbaring dengan kepala berlumuran darah,” kata Ramlah Ahmad, 67, menceritakan kejadian menyebabkan kematian suaminya, pagi semalam.

Dalam insiden itu, suami Ramlah yang juga seorang bilal, Abdullah Nawang, 77, menemui ajal selepas dipukul di kepala dengan objek keras oleh seorang lelaki ketika menunaikan solat sunat menjelang waktu Subuh di surau Kampung Gual Petai Lima, Gual Ipoh, di sini, jam 5.40 pagi.

Ramlah berkata, sudah menjadi rutin dia dan suaminya keluar dari rumah pada jam 5.30 pagi untuk menunaikan solat Subuh di surau yang terletak kira-kira 50 meter dari rumah mereka.

“Ketika itu hanya saya dan suami di surau kerana jemaah lain belum tiba. Suami membuka pintu dan lampu manakala saya pula terus ke bahagian solat wanita,” katanya ketika ditemui, semalam.

Menurutnya, selepas melihat suaminya berlumuran darah, dia menjenguk melalui tirai yang memisahkan jemaah lelaki dan wanita, dia terus meluru mendapatkan Allahyarham yang ketika itu sudah tidak sedarkan diri.

DI SINI...Mad Daud menunjukkan kedudukan Abdullah selepas diserang suspek.

TANGKAP...suspek ditahan di sebuah kedai kopi di kampung berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/08
Sumber Dari METRO

Suara

Suara

Suara
Suara