Current song:

Harimau Malaya perlu bangkit


KUALA LUMPUR - Harimau Malaya perlu segera bangkit mempamerkan watak sebenar selaku juara bertahan Piala Suzuki AFF apabila bertemu Thailand di Chiangmai, esok.

Skuad Datuk K. Rajagobal tidak boleh berselindung di sebalik alasan untuk menguji pemain setelah dua kali kalah kepada Vietnam dalam aksi persahabatan.

Penganalisis bola sepak dan bekas pemain negara, Azlan Johar berkata, ketika ini adalah masa yang tepat buat Harimau Malaya meraih kembali keyakinan yang hilang, apatah lagi ketika saingan Piala Suzuki AFF 2012 akan bermula 19 hari lagi.

Beliau juga mengakui dua kekalahan kepada Vietnam, memberikan tamparan kepada persiapan skuad Rajagobal tetapi belum terlambat memperbaiki kelemahan.

"Sebagai juara bertahan, Malaysia sepatutnya menerbitkan rasa gerun kepada lawan, tetapi situasinya tidak sebegitu selepas kalah dua kali kepada Vietnam.

"Tambahan pada perlawanan kedua tempoh hari, buat pertama kali Rajagobal menggunakan semua pemain terbaik yang beliau ada.

"Namun masih belum terlambat skuad Rajagobal bangkit mencatat keputusan membanggakan semasa bertemu Thailand.

"Sudah tiba masanya untuk Harimau Malaya bangkit. Kemenangan ke atas Thailand esok penting untuk mengembalikan moral para pemain," katanya katanya ketika dihubungi, semalam.

Pada perlawanan dengan Vietnam Sabtu lalu, skuad negara kalah 1-0 hasil jaringan Nguyen Trong Hoang pada minit ke-74.

Selain itu, Azlan mencadangkan Rajagobal supaya memilih Mohd. Shakir Shaari pada bahagian tengah, berbanding Amar Rohidan untuk digandingkan dengan ketua pasukan Safiq Rahim.

Bukan mahu memperkecilkan kemampuan Amar tetapi Azlan berpandangan Shakir merupakan pemain yang serasi dengan gaya kemampuan Safiq.

"Dalam saingan Liga Malaysia, saya dapati Amar Rohidan tidak begitu memainkan peranan penting dalam pasukannya (Kedah) dan saya rasa Shakir lebih baik berbanding Amar.

"Shakir mempunyai kemampuan membaca perlawanan dengan baik dalam usaha mematikan gerakan lawan dan apabila dia mendapat bola, dia mampu membuka permainan.

"Jadi, Safiq yang cenderung kita lihat gemar turun ke bawah membantu pertahanan dalam kebanyakan perlawanan boleh membantu bahagian serangan, " katanya.

Selepas perlawanan dengan Thailand, skuad negara akan melengkapkan perlawanan persahabatan terakhir menentang Hong Kong di Stadium Shah Alam, 14 November ini.

Sumber Dari Utusan Malaysia
Suara

Suara

Suara
Suara