Current song:

Laos Lebih Laju Dari Singapura

Pemain skuad kebangsaan dituntut mempamerkan aksi lebih
menyakinkan pada perlawanan menentang Laos, esok.

KUALA LUMPUR - Tukar perangai dan peranan pemain - lebih bertanggungjawab ketika mengawal bola dan berani bertindak, mampu menghidupkan semula peluang Harimau Malaya dalam mempertahankan Piala Suzuki AFF apabila melayan Laos, esok.

Nasihat ini diluahkan bekas jurulatih negara, B. Sathianathan yang turut percaya bahawa hanya kemenangan pada aksi kedua skuad negara di Stadium Nasional Bukit Jalil, bakal menjamin kemaraan anak buah Datuk K. Rajagobal daripada Kumpulan B.

“Dengan Laos, pemain kita kena ubah perangai dan peranan masing-masing. Lebihkan sikap bertanggungjawab dengan bola, jangan harapkan rakan buat tugas anda dan hanya keberanian mampu menjamin kemenangan.

“Daripada perlawanan dengan Indonesia (kelmarin), saya dapati Laos cukup laju bila diberikan ruang, mereka lebih baik daripada Singapura. Mereka juga ada gandingan pemain tengah yang bagus dan selalu buat hantaran satu dua yang berbahaya," kata jurulatih Angkatan Tentera Malaysia ini yang sempat membimbing skuad negara dari 2007 hingga Kelayakan Piala Asia 2009.

Tegas Sathianathan, skuad negara bakal menanggung padah jika bermain seperti menentang Singapura (memberikan ruang dan kebebasan lawan).

Sathianathan turut menyeru anak buah Rajagobal agar kembali bermain dengan tahap kemampuan sebenar mereka tetapi tidak lagi boleh mengulangi corak hantaran jauh yang asyik mengharapkan disambut dan disudahi Mohd. Safee Mohd. Sali atau Norshahrul Idlan Talaha.

“Seingat saya ketika kita menang AFF 2010, kita main hantaran pendek dan pemain sering bertukar posisi dan mereka banyak bergerak. Semalam (dengan Singapura kelmarin), pemain kita statik dan banyak berikan ruang kepada lawan.

“Kita tidak boleh asyik harapkan dengan hantaran jauh, Safee, Mat Yo (Norshahrul) atau penyerang lain boleh terus menjaringkan gol. Saya pun tidak faham mengapa dengan kebanyakan pemain yang sama daripada skuad 2010, corak permainan kita pula turut bertukar?

“Hendak katakan ada ‘kuda tua’ dalam pasukan negara sekarang, lagi ramai kuda tua dalam pasukan ATM. Saya rasa umur pemain negara sekarang memang tepat bagi tahap perlawanan antarabangsa sebegini," katanya yang turut pernah melatih skuad bawah 23 tahun negara.


Berita Dipetik dari Utusan
Bertarikh 27/11/2012

Suara

Suara

Suara
Suara