Current song:

Miera Ganti Lisa


Bakat muda cuba serapi jiwa Tun Dr Siti Hasmah untuk persembahan khas bermula esok

Pementasan semula teater Tun Siti Hasmah sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012 bakal menguji keupayaan pelakon, Miera Liyana.
Ini berikutan pengarah teater ini, Erma Fatima memilih Miera untuk menggantikan Lisa Surihani menjayakan watak Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali ketika muda.
Bagi Miera, ini satu peluang keemasan yang mungkin datang sekali seumur hidup," Miera Liyana, Pelakon

Teater itu yang akan dipentaskan semula di Istana Budaya mulai esok hingga Isnin depan, cukup dinantikan Miera yang tampil menyahut cabaran Erma sekalipun perlu menjiwai watak dan semangat Dr Siti Hasmah dalam tempoh singkat.

“Bagi Miera, ini satu peluang keemasan yang mungkin datang sekali seumur hidup. Sebagai pelakon baru yang mahu mencuba pelbagai perkara, cabang seni teater ini juga semestinya diidami ramai pelakon.

“Tawaran sulung ini diberi Kak Erma. Miera hanya ada dua hari untuk berlatih. Memang ia terlalu berisiko. Miera sudah beritahu Kak Erma tak mampu untuk berjanji memberi yang terbaik. Tetapi beliau sendiri mengambil risiko besar dengan menawarkan peluang ini.

“Kak Erma percayakan Miera. Miera harus positif dan cuba memberikan yang terbaik. Sampai bila Miera perlu berada dalam ketakutan. Miera perlu membuktikannya atas kepercayaan yang diberi. Insya-Allah, doakan yang terbaik untuk Miera,” katanya ketika dihubungi HIP.
Lisa Surihani tidak dapat menyertai krew lain bagi projek pementasan semula Teater Tun Siti Hasmah kerana terikat dengan komitmen lain serta sudah merancang percutian lebih awal.

Bagi pementasan semula ini, Miera bagaimanapun hanya akan melakonkan watak Dr Siti Hasmah ketika muda selama tiga hari, manakala selebihnya masih digalas Lisa Surihani.

Tonton sambil derma untuk Gaza

Lisa Surihani (tengah) hanya muncul tiga hari dalam
pementasan tambahan Teater Tun Siti Hasmah.
Isu pengganti Lisa Surihani disuarakan Erma dalam kolum Sekadar Tanya, BiPop, Ahad lalu di mana beberapa nama seperti Erra Fazira, Tiz Zaqyah, Nora Danish dan Ummi Nazeera turut ditawarkan watak Dr Siti Hasmah ketika muda.

Teater terbitan World Islamic Network Television Sdn Bhd yang diterajui Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan disokong isterinya, Datin Paduka Umie Aida masih mengekalkan barisan pelakon sama antaranya Eja, Esma Daniel dan Nazim Othman.

Bagi persembahan matinee jam 3 petang, Sabtu ini, World Islamic Network Television Sdn Bhd akan menyumbang sepenuhnya kutipan jualan tiket bagi membantu umat Islam di Palestin.

Untuk urusan tiket, hubungi Box-Office (03- 40265558) atau layari www.ticket2u.biz atau www.istanabudaya.gov.my. Lokasi pementasan masih sama di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur.


Berita Dipetik dari Berita Harian
Bertarikh 27/11/2012

Suara

Suara

Suara
Suara