Current song:

Sondol Nak Bayar Tol


SEREMBAN: “Saya terkejut sebaik mahu membayar tol, tiba-tiba sebuah kereta dari belakang merempuh kereta saya hingga meluncur laju dan melanggar palang tol,” kata A Mohindaran, 52, mangsa kemalangan membabitkan dua kenderaan di Plaza Tol Setul menghala Seremban, di sini, semalam.

Dalam kejadian 1.15 tengah hari itu, kereta Proton Persona dinaiki tujuh sekeluarga merempuh belakang kereta dinaiki Mohindaran menyebabkan seorang daripada mereka patah tangan kiri manakala yang lain cedera ringan termasuk dua kanak-kanak.

Mohindaran berkata, dia yang menaiki kereta Proton Waja dalam perjalanan pulang ke rumah di Kuala Pilah dari ibu kota tidak sempat membayar tol akibat kejadian itu.

“Kejadian terlalu pantas apabila saya terdengar bunyi rempuhan kuat sebelum kereta meluncur laju ke depan.

“Sebaik tiba di tol saya sempat menyerahkan tiket tol kepada jurutol. Tapi belum sempat saya keluarkan duit, saya rasa kereta seperti ‘dihempap’ dari belakang,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

REMUK...keadaan kereta yang terlibat dalam kemalangan.

BANTU...mangsa dipapah pasukan keselamatan selepas diberi rawatan kecemasan.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/17
Dipetik Dari METRO

Suara

Suara

Suara
Suara