Current song:

Askar Mesir Dapat Kuasa Polis


Kaherah: Presiden Mohamed Morsi semalam mengarahkan tentera Mesir diberi kuasa polis termasuk hak menahan orang awam menjelang pungutan suara yang akan diadakan hujung minggu ini, lapor satu perintah kerajaan.

Perintah berkenaan diterbitkan di dalam warta kerajaan, berkuat kuasa menjelang bantahan besar-besaran terhadap pungutan suara itu dan diikuti satu bantahan jalanan yang menyebabkan tujuh maut dan beratus-ratus lagi cedera.

Arah tentera kerjasama

“Ia mengarahkan tentera bekerjasama penuh dengan polis untuk mengekalkan keselamatan dan melindungi institusi penting negara bagi satu tempoh sementara, sehingga pengumuman keputusan pungutan suara berkenaan dibuat,” lapor agensi berita AFP yang memperoleh salinan perintah itu.

Tentera yang memerintah Mesir selepas penyingkiran bekas presiden Hosni Mubarak pada Februari 2011 dan pemilihan Morsi Jun tahun ini, memilih untuk bersikap berkecuali ketika krisis politik.

Beri amaran 

Ia kini memberi amaran ‘tidak akan membenarkan’ situasi bertambah buruk dan menggesa kedua-dua pihak mengadakan dialog.

Kereta kebal tentera bersama anggota tentera dikerahkan di sekitar istana presiden presiden sejak Khamis lalu namun mereka tidak berdepan dengan ribuan penunjuk perasaan yang berkumpul di sana setiap malam.

Pembangkang daripada kumpulan sekular, liberal, sayap kiri dan Kristian, berkata ia akan memperhebat bantahan untuk membuang pungutan suara itu.

Ia menganggap draf perlembagaan, sebahagian besarnya digubal sekutu puak Islam Morsi, sebagai menjejaskan hak asasi manusia, hak wanita, minoriti agama dan mengekang kebebasan perundangan.

Morsi, sebaliknya, tetap mempertahankan perlembagaan baru itu, melihatnya sebagai keperluan untuk melindungi pembaharuan demokratik selepas pemerintahan kuku besi 30 tahun Mubarak.

Lewat kelmarin, kumpulan pembangkang utama, Barisan Penyelamat Kebangsaan, menggesa bantahan besar-besaran bagi menolak pungutan suara 15 Disember ini.

Kumpulan itu juga menolak pembatalan perintah Morsi yang memberinya kuasa penuh sebelum ini sambil menyifatkan ia sudah terlewat kerana beliau sudah menggunakannya ke atas draf perlembagaan.

“Kami tidak mengiktiraf draf perlembagaan kerana ia tidak mewakili rakyat Mesir,” kata jurucakap National Salvation Front, Sameh Ashour kepada satu sidang media,” katanya.


Sumber Dari Berita Harian
Artikel Di Siarkan Pada : 11/12/2012

Suara

Suara

Suara
Suara