Current song:

Jiwa Tetap Rock


Ramli selar pihak dakwa rocker berhijrah sekadar raih publisiti

Biarpun muzik yang dibawanya kini lebih terarah kepada irama kehidupan dan kemanusiaan, namun jiwa Ramli Sarip masih kental dengan irama keras itu. Malah penyanyi ini mengaku dia tidak punya masalah untuk mempersembahkan lagu pada zaman kegemilangan kumpulannya, Sweet Charity.

Apatah lagi kumpulan itulah yang menaikkan namanya dalam dunia muzik. Justeru, dia amat gembira apabila ada pihak yang sudi menganjurkan konsert menggabungkan kumpulan berkenaan bersama Lefthanded dan May. Biarlah orang nak cakap kita berubah, tetapi muzik masih lagi rock kerana ia tidak salah” Ramli Sarip,
Penyanyi

“Dari dulu hingga kini, saya masih macam ini. Malah, lagu kami (Sweet Charity) dulu sudah ada yang berbentuk kehidupan, cuma dalam irama rock. Lagu sebegini pula tidak semestinya dipersembahkan dalam irama yang mendayu-dayu saja,” katanya yang akan menyanyikan lagu pernah dipopularkan bersama kumpulannya serta lagu solo pada konsert itu nanti.

Menganggap penghijrahan sesetengah penyanyi dan pemuzik rock kini sesuatu yang baik dan tidak perlu dihebohkan, Ramli tidak mahu masyarakat memandang perubahan itu sebagai tanda kejatuhan muzik rock ataupun sekadar meraih publisiti.

Selain berasakan dakwaan sebegitu keterlaluan, Ramli juga berkata, tidak salah jika mereka mahu terus kekal dengan muzik terbabit walaupun selepas berhijrah.

“Pakaian tidak mencerminkan apa-apa, yang penting hati. Biarlah orang nak cakap kita berubah, tetapi muzik masih lagi rock kerana ia tidak salah. Asalkan, Allah tahu keikhlasan kita.
“Jangan ingat saya berpakaian macam ini dan bawa lagu kehidupan, saya tidak rock. Pandangan mata kasar tidak menggambarkan sebaliknya. Yang penting kita terima dan beri peluang kepada mereka yang ingin berubah, bukannya menghentam mereka,” katanya.

Imbau kegemilangan

Konsert Dimensi Rockarisma pada 9 Februari tahun depan akan mengimbau kembali zaman kegemilangan tiga kumpulan itu pada persembahan selama tiga jam yang akan berlangsung di Stadium Hang Jebat, Melaka.

“Konsert ini penghormatan buat kami. Gabungan ini pula amat unik kerana Sweet Charity bermula pada era 70-an, manakala Lefthanded pada pertengahan 80-an di bawah pengaruh Sweet Charity dan selepas itu muncul May ketika nama Lefthanded meningkat naik.

“Setiap kumpulan akan membuat persembahan selama sejam dengan lagu hit masing-masing. Ketiga-tiganya punya kemahiran sangat tinggi dan masih berjiwa,” kata Ramli yang sedang menyiapkan Sadakah, album amal bagi membantu badan kebajikan memerlukan di negara ini.

INFO: Konsert Dimensi Rockarisma 
Tarikh: 9 Februari 2013 
Tempat: Stadium Hang Jebat, Melaka 
Masa: 8.45 malam 
Tiket: www.ticketpro.com.my / 03-7880799 atau 03-78807999


Sumber Dari Berita Harian
Artikel Di Siarkan Pada : 11/12/2012

Suara

Suara

Suara
Suara