Current song:

Ferrari Klasik Bakal Dilelong

Kereta Ferrari model 250 GT SWB Berlinetta Competizione ini, 
bakal memecahkan rekod sebagai antara kereta termahal di dunia 
apabila dijangka dijual pada harga 4 juta pound (RM19.7 juta) 
bulan depan di Amerika Syarikat.
LOS ANGELES 27 Dis. - Sebuah kereta sport klasik Ferrari bakal memecahkan rekod antara kereta termahal di dunia apabila dijangka dijual pada harga 4 juta pound (RM19.7 juta) bulan depan.

Kereta Ferrari model 250 GT SWB Berlinetta Competizione itu dianggap satu daripada kereta sport yang paling didambakan. Hal ini kerana, kenderaan itu merupakan satu daripada 74 model yang dihasilkan pembuat kereta dari Itali tersebut pada sekitar 1960-an.

Kereta itu akan dilelong oleh firma lelongan RM Auctions di Amerika Syarikat (AS) pada 18 Januari ini. Firma lelongan itu bagaimanapun, tidak mendedahkan nilai kereta berkenaan, namun model sama pernah dijual pada harga 3.1 juta pound (RM15.3 juta) pada tahun lalu.

Harga itu dijangka akan meningkat dengan mendadak ekoran minat menggalakkan yang ditunjukkan peminat kereta Ferrari model klasik. Badan kereta Ferrari 250 GT SWB itu diperbuat daripada aloi, dilengkapi enjin V12 tiga liter serta mampu mencapai kelajuan melebihi 241 kilometer sejam.

Wakil RM Auctions, Shelby Myers berkata, kereta yang jarang dijual dalam pasaran terbuka itu merupakan satu daripada kereta yang mengagumkan dari pelbagai aspek pernah dihasilkan Ferrari dan berada dalam kelas yang tersendiri. - AGENSI


Sumber Dari Utusan
Disiarkan Pada : 28/12/2012



Suara

Suara

Suara
Suara