Current song:

Siapa Juara Idola Kecil Malam Esok ?

Antara Peserta Akhir Idola Kecil Musim Ke-5
Pencarian Bintang Idola Kecil (IK) musim kelima tiba pada kemuncaknya, esok. Pertandingan akhir rancangan realiti kanak-kanak itu menyaksikan lima peserta bersaing untuk merebut gelaran juara.

Peserta yang berjaya ke peringkat akhir ialah Muhammad Benladin Munshi (Ben); Wan Adlyn Massyah Mohammad Shah (Darling); Farranisha Shazwany Mohd Faizul (Farra); Nur Adlina Batrisya Zuraimi (Tisyia) dan Muhammad Zulfeka Nasrun (Zul).

Peringkat akhir pertandingan diadakan di Kompleks Sukan Panasonic, Seksyen 21, Shah Alam dan akan dipancarkan secara langsung di saluran TV9, jam 8.30 malam.

Pada episod separuh akhir yang lalu, Aina dan Wana terpaksa akur dengan pengumuman dilakukan pengacara IK, Alif Satar apabila langkah mereka dalam program berkenaan terhenti setakat itu saja. Jelas terpancar kekecewaan pada wajah kedua peserta itu apabila gagal mendapat tempat ke final. Namun, mereka menerima keputusan itu dengan tabah.

Najwa Latif tampil hibur peminat 

Menurut penerbit IK, Shahrizan Razalli, peserta IK musim ini memiliki kebolehan luar biasa dari segi vokal. Justeru, tidak hairanlah saban minggu mereka diberi markah tinggi.

“Setiap minggu dianggap sengit bagi semua peserta cilik ini. Walaupun masih kecil, mereka memiliki kelebihan vokal mantap,” katanya.

Konsert akhir Idola Kecil 5 akan menjanjikan kelainan di mana ke semua finalis akan mempamerkan kebolehan menyanyi dengan diiringi muzik secara langsung.

Selain menyanyikan rangkaian lagu popular, peserta juga diberi lagu baru yang dicipta khas untuk malam esok.

Pentas akhir juga akan dimeriahkan dengan persembahan daripada penyanyi, Najwa Latif dan bintang Idola Kecil musim lalu seperti Harris (Idola Kecil 3) dan Hairul (Idola Kecil 4).


Sumber Dari Berita Harian
Disiarkan Pada : 28/12/2012

Suara

Suara

Suara
Suara