Current song:

Harimau Malaya Hilang Wan Zack

MALANG...Wan Zack (kanan) cedera semasa sesi latihan.
PERSIAPAN Harimau Malaya untuk menghadapi Thailand pada separuh akhir Piala AFF, Ahad ini terus dibayangi kecederaan pemain utama. Kali ini pemain sayap lincah, Wan Zack Haikal Wan Nor mengalami kecederaan otot paha ketika menjalani latihan petang semalam.

Ia jelas membimbangkan pengendali negara, Datuk K Rajagobal yang kelihatan semakin kurang senang dengan situasi itu selepas pemain terbabit mempamerkan aksi cemerlang di peringkat kumpulan termasuk meledak satu jaringan.

“Nampak teruk, dia berasa sakit... ini menyebabkan kita bertambah sukar menentang Thailand,” katanya.
Sebelum ini empat pemain sudah mengalami kecederaan antaranya Safee Sali, S Kunanlan, Mohd Khyril Muhymeen Zambri dan Shakir Shaari.

Rajagobal bagaimanapun tetap memberikan fokus dalam persiapannya apabila mahu mengadakan perlawanan persahabatan menentang PDRM malam ini.

“Adalah penting untuk kami mengekalkan momentum untuk menentang Thailand nanti,” katanya.

Rajagobal turut mengingatkan pemainnya supaya tenang dan tidak tertekan berdepan Thailand.


Berita Dipetik dari Metro
Bertarikh 05/12/2012

Suara

Suara

Suara
Suara