Current song:

Israel Balas Dendam


Luluskan pembinaan 3,000 rumah baru di Tebing Barat

Washington: Beberapa jam selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengundi untuk memberikan pengiktirafan negara kepada Palestin, Israel kelmarin bertindak balas dengan mengumumkan ia membenarkan pembinaan 3,000 rumah baru peneroka haram Yahudi di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.

Pegawai, yang enggan dikenali, berkata kerajaan juga memutuskan untuk mempercepatkan kerja untuk beribu lagi rumah di kawasan sensitif dari segi geografi berhampiran Baitulmaqdis yang disifatkan pengkritik akan membunuh harapan Palestin untuk menubuhkan negara berdaulat.

Amerika Syarikat mengkritik tindakan itu dan menyifatkan ia sebagai halangan kepada usaha damai. "Berikutan pengumuman hari ini, saya ingin menegaskan pentadbiran ini seperti pentadbiran terdahulu, menjelaskan kepada Israel aktiviti ini menjadi penghalang kepada rundingan damai,” kata Setiausaha Negara Amerika, Hillary Clinton.

Beliau bercakap di forum di Washington yang dihoskan oleh Pusat Saban bagi Dasar Asia Barat, kepada penonton termasuk Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman dan Menteri Pertahanan rejim, Ehud Barak.

Perdamaian menyeluruh

“Penyelesaian paling baik bagi kebuntuan di Gaza adalah perdamaian menyeluruh antara Israel dan Palestin, diketuai wakil sah mereka, Pihak Berkuasa Palestin,” katanya.
Pentadbiran Presiden Barack Obama cuba menghentikan usaha Palestin mendapatkan pengiktirafan di PBB, berkata ia cuma meletakkan satu lagi halangan dalam laluan mencapai keamanan dan negara cuma boleh wujud menerusi rundingan dengan Israel.

“Undian minggu ini memberikan kita masa berhenti sekejap. Semua pihak perlu mempertimbangkan dengan hati-hati laluan di depan. Kita perlu bekerjasama mencari jalan seterusnya dalam rundingan yang boleh mencapai matlamat penubuhan dua negara. Ia matlamat utama kita.

“Jika kedua-dua pihak bersedia memulakan rundingan secara langsung untuk menyelesaikan konflik, Presiden Obama akan menjadi rakan mereka,” katanya.
Dalam sesi soal jawab yang menyusul kenyataannya, Clinton berkata beliau mahu Israel mencapai kedudukan moral yang tinggi.

“Saya rasa jika seseorang tidak boleh mencapai perjanjian yang menyelesaikan semua isu sukar ini, Israel perlu mencuba. Ia memberikan Israel kedudukan moral tinggi yang saya mahu ia capai,” katanya.


Berita Dipetik dari Berita Harian
Bertarikh 02/12/2012

Suara

Suara

Suara
Suara