Current song:

Pelajar Mangsa Rogol Beramai-Ramai Kritikal


Pasukan pakar perubatan berusaha beri rawatan, stabilkan mangsa

New Delhi: Mangsa rogol beramai-ramai di New Delhi kini bertarung nyawa dengan keadaannya dilaporkan sangat kritikal selepas mengalami serangan jantung dan kecederaan otak ketika menerima rawatan lanjut di Singapura.

Pada masa sama, negeri Punjab bertindak memecat dan menggantung tugas sekumpulan pegawai polis yang didakwa mengabaikan seorang lagi mangsa rogol sehingga menyebabkan dia membunuh diri.

Pemeriksaan pasukan perubatan kami menunjukkan dia juga mengalami serangan jantung dan kecederaan otak," Kelvin Loh, Ketua Eksekutif Hospital Mount Elizabeth. Sebuah buletin yang dikeluarkan pada hari ketibaan mangsa di Hospital Mount Elizabeth menyatakan, pelajar berusia 23 tahun itu mengalami jangkitan paru-paru dan keadaannya sangat kritikal.

“Ketika ini, pesakit bertarung nyawa, pemeriksaan pasukan perubatan kami menunjukkan dia juga mengalami serangan jantung dan kecederaan otak,” kata Ketua Eksekutif Hospital Mount Elizabeth, Kelvin Loh.

Beliau berkata, pasukan pakar perubatan pelbagai bidang sedang berusaha sedaya upaya untuk memberi rawatan dan menstabilkan keadaannya dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Dirogol di belakang bas 

Pelajar itu sebelum ini menerima rawatan di Hospital Safdarjung di Delhi dihumban keluar dari bas yang sedang bergerak selepas dirogol enam lelaki di belakang kenderaan itu.

Dia turut mengalami kecederaan parah di bahagian usus akibat dipukul dengan batang besi.

Pihak berkuasa India kerap kali dipersalahkan kerana memperlekeh mangsa rogol dan enggan memfailkan kes ke atas penyerang, menyebabkan mangsa terpaksa berdiam diri dan tidak melaporkan jenayah terbabit.

Bagaimanapun kejadian rogol beramai-ramai yang menimpa pelajar itu, membawa perubahan dan memberi fokus baru terhadap pihak polis serta sikap masyarakat kepada wanita di India.

Penunjuk perasaan mendesak perlindungan lebih baik kepada wanita selain hukuman lebih berat kepada perogol.

Desakan itu mendorong Jabatan polis Punjab menggantung tugas seorang pegawai polis dan memecat dua yang lain selepas didakwa sengaja melambatkan siasatan ke atas seorang gadis berusia 18 tahun yang mendakwa dia dirogol, menyebabkan dia bertindak membunuh diri dengan meminum racun.


Sumber Dari Berita Harian
Disiarkan Pada : 29/12/2012

Suara

Suara

Suara
Suara