Current song:

Piala AFF: Peminat harap Harimau Malaya 'tunjuk taring' di Bangkok


PENANTIAN kurang menggembirakan buat penyokong Harimau Malaya apabila perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2012 menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi berakhir dengan keputusan seri 1-1, dan ia menyukarkan laluan ke final.

Dalam satu tinjauan Sinar Harian Online di Stadium Nasional malam tadi, penyokong-penyokong skuad kebangsaan sangat berharap pemain-pemain Malaysia tidak mengulangi kesilapan semalam, sekali gus dapat melakar kemenangan pada perlawanan kedua di Bangkok Khamis ini.

Salah seorang yang ditemui, Syaqal Fadzli Muksin, 18, dari Rawang berkata, perlawanan malam tadi agak sengit dan pasukan Malaysia dan Thailand saling memberi saingan antara satu sama lain.

“Ternyata Malaysia menguasai perlawanan malam ini dan saya harap Malaysia akan menang ketika berada di Thailand nanti," katanya.

Mohd Fuezi Zurani, 24 dari Rawang menyifatkan permainan yang ditunjukkan pasukan Malaysia sebagai menghiburkan.




“Saya harap di Thailand nanti kita boleh lawan pasukan Thailand," katanya.

Sementara itu, Mohd Ghazali Zakaria, 17, dari Raub pula sanggup datang dari jauh semata-mata ingin memberi sokongan kepada pasukan kesayangannya.

“Walaupun seri saya tetap menyokong Harimau Malaya, harapan saya Malaysia dapat bermain dengan lebih fokus dengan permainan, dapat bermain dengan baik, saya harap Malaysia boleh menang 2-0," katanya.

Bagaimanapun berbeza pula dengan Zulfadli Mohd Sharif, 24, dari Perak yang kurang berpuas hati dengan prestasi pasukan Malaysia malam tadi.

“Peluang banyak cuma tak ada yang gol saja, harap kat Thailand nanti Malaysia boleh menang 3-0, saya yakin Malaysia boleh," katanya.

Kaum hawa juga tidak ketinggalan menyaksikan sendiri skuad kebangsaan berentap memburu kejuaraan.

Bagi Zaitun Mamtaj, 38, dari Johor Bharu, perlawanan malam tadi agak seimbang, namun dia agak terkilan kerana pemain dari pasukan Thailand bermain dengan kasar.
“Malaysia main OKlah, cuma Malaysia macam tak ada mood saja," katanya.

Shila Sofia Ismail, 30, dari Bukit Jelutong, Shah Alam pula menyifatkan permainan malam tadi cukup hebat.

“Harap-harap di Thailand nanti pasukan kita boleh menang untuk masuk ke final.

"Saya cukup berpuas hati dengan persembahan Malaysia, saya harap Malaysia boleh menjaringkan 3-0 di Thailand nanti, yang pasti Malaysia tak boleh kalah," katanya.

Anak kelahiran Sabah, Safri Abd Kadir, 25, pula agak sedih dengan keputusan seri yang dicapai malam tadi, malah beliau juga tidak berpuas hati dengan skuad kebangsaan yang gagal menambah jaringan pada saat akhir walaupun banyak peluang diberikan pasukan Thailand.

“Kalau boleh perlawanan seterusnya kita menang di sana, sekurang-kurangnya Malaysia dapat gol 2-0 pun jadilah," katanya.

Praphan Ayem, 30, dari Kedah juga sependapat dengan anak kelahiran Sabah itu.

“Harapan saya pada pasukan Malaysia pada perlawanan di Thailand menang 1-0 pun cukup," katanya.

Shahrizal Ahmad Zawawi, 31, Batu Gajah, Perak pula menyifatkan permainan kali ini agak bagus dan memberangsangkan susulan kehadiran pemain muda dalam skuad Harimau Malaya.

"Saya harap pemain Malaysia di Thailand nanti dapat sumbatkan gol 3-0 dengan kemenangan agregat 4-1," katanya.

Sumber Dari Sinar Harian
Bertarikh 10/12/2012
Suara

Suara

Suara
Suara