Current song:

Single Kedua Lynnzay Dikaitkan Dengan Dadah


Baru-baru ini, penyanyi terbaru Lynnzay yang mula di kenali kerana lagu ‘Jejaka Idaman 2.0’ yang penuh kontroversi telah meriliskan single keduanya yang berbahasa Inggeris.Namun seperti biasa,jagung muda dalam industri hiburan pasti akan di usik dan ada percubaan untuk menjatuhkan.

Lagu kedua Lynnzay bertajuk ‘ANGEL DUST’ telah di kaitkan dengan nama sejenis dadah? Benarkah? Ada mulut-mulut yang mengatakan Lynnzay tidak kaji-selidik dahulu sebelum meletakkan tajuk lagu ini.

“Saya sedia maklum ianya nama sejenis dadah. Tapi tak berniat nak memberi mesej yang tak elok. Lagu ni simple je mesej dan penyampaian saya. 

Love can make you high and happy, itu je mesejnya. Kalau saya letak ‘ecstasy’, typical sangat. So, saya letaklah ‘Angel Dust’. Somehow, ada jugak yang relate dengan bidadari. Di mana mitosnya fairy dust or angel dust can make people fall in love and be happy. 

So, daripada fikir yang negatif, cubalah fikir yang positif. Saya marah betul kalau setiap perkara penyanyi baru macam saya buat nak di jadikan isu negatif. Saya minta para pendengar dan penyokong muzik tempatan cuba berfikiran kreatif dan think outside the box, baru diri sendiri, industry dan negara boleh maju, “ jelas Lynnzay yang berbunyi agak terkilan dan kecil hati.

Bagaimanapun, di sebalik kekecewaan terhadap komen negatif ini, Lynnzay sempat berkongsi berita gembira tentang perancangannya untuk menerbitkan album pertamanya yang bakal muncul pada awal tahun hadapan.



Mengulas dengan hanya sedikit informasi, Lynnzay yang berkebolehan menulis lagu dan menari ini hanya memberitahu bahawa dia ingin memberikan kelainan dan cuba memberi pendekatan yang berbeza terhadap peminat dan penyokong Lynnzay dan industri muzik tempatan.Membawakan genre urban yang berunsurkan ‘pop’ dan ‘rnb’,Lynnzay dengan sepenuh keyakinan menulis semua lagunya sendiri dan membuat kolaborasi bersama beberapa penyanyi berbakat yang lain seperti Nabil Zamanhuri, Karmal, Juzzthin dan juga pendatang baru yang punyai bakat seperti Nicki Minaj bersama Cassey Maximus.

Adakah percubaan berani Lynnzay untuk pembikinan album urban dan bergerak secara independent ini akan berhasil dan membuka mata Malaysia tentang bakat beliau? Nantikan pada tahun hadapan!

Kenali Lynnzay Affandy di :


Suara

Suara

Suara
Suara