Current song:

Pramugari Mahu Curah Kopi Ke Muka Anak Thaksin

Thaksin & Anaknya Thaksin Shinawarta
Hong Kong: Syarikat penerbangan Cathay Pacific menyiasat laporan mengenai niat seorang pramugari untuk mencurah kopi ke muka anak bekas pemimpin Thailand, Thaksin Shinawatra.

Atendan penerbangan itu juga menggelar Thaksin sebagai musuh, kata syarikat berkenaan, semalam. Paetongtarn adalah antara tiga anak Thaksin.

Cathay menyifatkan niat pramugari itu sebagai salah laku membabitkan penerbangan 25 November lalu.

Pramugari itu berkata, dia mahu mencurah air kopi itu terhadap Paetongtarn selepas mendapati gadis berkenaan adalah antara penumpang dari Bangkok ke Hong Kong, lapor akhbar South China Morning Post.

Saya segera beritahu pengurus penerbangan bahawa saya tidak dapat kerja kerana anak perempuan musuh saya ada dalam pesawat, kata atendan penerbangan itu di laman Facebook, lapor akhbar.

Saya hubungi penasihat peribadi dan bertanya sama ada boleh curah kopi terhadap Paetongtarn, tetapi diberitahu tindakan itu melanggar undang-undang Hong Kong, katanya lagi.

Krisis politik yang berterusan di Thailand baru-baru ini menyaksikan bantahan terbuka besar-besaran terhadap Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra, adik Thaksin.
Yingluck dituduh pesaing politiknya sebagai boneka abangnya. Thaksin digulingkan dalam rampasan kuasa 2006.

Sejak itu, beliau tinggal di luar negara bagi mengelak hukuman penjara atas tuduhan rasuah tetapi sering mengunjungi Hong Kong. Keluarganya diberitakan memiliki hartanah di sana.

Media Thailand memetik Paetongtarn sebagai berkata di laman web sosial bahawa dia rasa tidak selesa mengenai niat pramugari berkenaan.

Katanya, kunjungan ke Hong Kong adalah untuk urusan perniagaan selain berjumpa dengan bapanya.


Berita Dipetik dari Berita  Harian
Bertarikh 03/12/2012

Suara

Suara

Suara
Suara