Current song:

Rakyat disaran amalkan kesederhanaan


Sandakan: Datuk Seri Najib Razak mahu rakyat mengamalkan kesederhanaan dan pada masa yang sama berpegang kepada kepercayaan masing-masing.

Beliau berkata, perbezaan kaum dan agama bukan sebab masyarakat berpecah-belah tetapi berpunca daripada kalangan mereka yang terlalu taksub dengan amalan mereka.

“Walaupun kita mempunyai perbezaan dalam pegangan agama kita, agama kita berkongsi nilai-nilai baik yang membolehkan kita hidup bersama sebagai rakyat Malaysia.

“Saya percaya jika anda seorang Islam yang baik, anda akan disukai oleh orang bukan Islam. Begitu juga jika anda penganut Kristian yang baik, anda juga akan disukai oleh bukan penganut Kristian,” katanya berucap pada majlis jamuan tengah hari bersama Jawatankuasa Gereja-gereja dan badan bukan kerajaan (NGO) di sini, semalam.

Najib berkata, insiden pembunuhan beramai-ramai di Amerika Syarikat yang menyaksikan 28 orang, termasuk 20 kanak-kanak mati, kelmarin, bukan disebabkan perbezaan agama tetapi kerana masyarakat menerima fahaman golongan pelampau.
Najib menjelaskan tujuan beliau mengilhamkan konsep 1Malaysia ialah untuk menyediakan asas bagi toleransi yang akan membawa kepada penerimaan dan peluang untuk rakyat meraikan perbezaan.





Kerja keras untuk rakyat 

Sementara itu, Perdana Menteri berikrar akan terus bekerja keras untuk rakyat, ter-utama generasi muda.

“Kerajaan amat serius dalam menarik belia kerana anda akan menjadi pemimpin negara satu hari nanti,” kata Najib kepada peminat setianya yang berhubung dengan beliau menerusi Facebook Ah Jib Gor di sini, semalam.

Najib juga berharap belia tidak melakukan kesilapan apabila memilih perdana menteri dalam pilihan raya umum akan datang.

“Tolong sokong BN jika anda masih mahukan saya pada kedudukan saya sekarang atau anda akan mendapat Ah Jib Gor atau abang yang salah,” kata beliau sambil disambut dengan sorakan ‘Ah Jib Gor’ daripada peminatnya.

Pada satu majlis lain, Najib berkata Sabah lebih baik berada di bawah kerajaan BN dan memberi jaminan akan terus menikmati pembangunan.

“Adakah anda yakin di bawah BN esok lebih baik daripada hari ini? Jawapannya yakin sebab kita sudah dapat lihat (pembangunan). Ini bukan janji atas angin, ini bukan janji kosong, tetapi janji BN adalah janji ditepati,” katanya berucap pada Majlis Bersama Rakyat Parlimen Batu Sapi di Kampung Lupak Meluas di sini, semalam.


Suara

Suara

Suara
Suara