Current song:

Setiap mangsa kena 3 hingga 11 das

Newtown, (Connecticut): Pemeriksa kesihatan Dr H Wayne Carver yang menyiasat pembunuhan di Sekolah Rendah Sandy Hook Jumaat lalu, berkata bedah siasat ke atas mayat 20 kanak-kanak dan enam dewasa menunjukkan mereka ditembak bertalu-talu dari jarak dekat.


“Siasatan menunjukkan mangsa maut akibat terkena tembakan berulang kali yang dilepaskan dari jarak dekat. Setiap mangsa ditembak antara tiga hingga 11 das,” katanya. 


Siasatan menunjukkan mangsa maut akibat terkena tembakan berulang kali yang dilepaskan dari jarak dekat," Dr H Wayne Carver, Pemeriksa kesihatan

Beliau berkata, semua mangsa ditembak dengan raifal Bushmaster .223 caliber, satu daripada sekurang-kurangnya dua senjata milik suspek Adam Lanza yang digunakan untuk melakukan pembunuhan paling dahsyat dalam sejarah Amerika Syarikat.

Lanza didakwa menembak mati ibunya, Nancy Lanza, di rumah mereka Jumaat lalu sebelum memandu ke Sandy Hook dan menceroboh masuk dan melepaskan tembakan rambang.

“Saya terbabit di bidang ini selama tiga dekad dan ini kejadian paling buruk dan paling teruk pernah saya lihat,” kata Carver kepada wartawan yang berhimpun di Treadwell Park, tidak sampai satu kilometer dari Sekolah Rendah Sandy Hook, lokasi kejadian ngeri itu.



Salah seorang pegawai penyiasat, Leftenan Paul Vance, mengedarkan salinan senarai nama dan tarikh lahir mangsa, termasuk 12 kanak-kanak perempuan dan lapan lelaki, kebanyakannya lahir pada tahun 2006. 
Mangsa termuda olah Noah Pozner, yang meraikan hari jadinya yang keenam November lalu. Josephine Gay, seorang lagi mangsa, genap berusia tujuh tahu 11 Disember lalu, tiga hari sebelum pembunuhan berlaku, manakala mangsa paling tua dikenali sebagai Mary Sherlach, 56.

Semua mangsa dewasa adalah wanita, berusia 27 hingga 56 tahun.

Carver berkata, bedah siasat ke atas suspek yang menembak diri sendiri dan ibunya di kediaman mereka di Newtown dilakukan semalam. - Agensi

Berita Dipetik Dari Bharian 

Suara

Suara

Suara
Suara