Current song:

7 Mati Ditembak Penyerang


Islamabad: Lima guru dan dua pekerja bantuan sebuah pusat kebajikan maut kelmarin selepas beberapa penyerang bersenjata bermotosikal melepaskan tembakan ke arah sebuah van membawa mereka.

Pemandu van yang cedera dalam serangan di daerah Swabi itu memberitahu penyiasat, penyerang mulanya menahannya dan membawa keluar seorang budak lelaki daripada kenderaan itu sebelum melepaskan tembakan bertalu-talu, kata pegawai polis, Fazal Malik.

“Saya segera berkejar ke sana. Sebaik tiba, saya nampak mereka sudah mati tetapi budak lelaki itu duduk dengan seseorang,” kata suami salah seorang mangsa, Zain ul Hadi.

Ketua Polis Swabi, Abdur Rasheed berkata, wanita yang dibunuh berusia 20 dan 22 tahun.

Empat penyerang bersenjata menggunakan dua motosikal lari selepas itu dan belum ditahan.

Badan Bukan Kerajaan (NGO) menjalankan program pendidikan dan kesihatan selain menguruskan pusat kebajikan ‘Support With Working Solution’ di Swabi sejak 1992.




Pusat itu dibiayai Program Membanteras Kemiskinan Pakistan dan sebuah pertubuhan Jerman, kata pengarahnya, Javed Akhtar.
Javed berkata, ia serangan terbaru terhadap pihak yang terbabit dalam kempen memerangi polio di Pakistan.

Ada militan menentang kempen suntikan vaksin itu dengan menuduh pekerja kesihatan bekerja sebagai perisik Amerika Syarikat dan menuduh vaksin berkenaan menyebabkan anak mereka mandul.

Bulan lalu, sembilan orang yang bekerja dalam kempen kesihatan itu ditembak mati, empat di timur laut tempat lokasi keganasan terbaru.

Serangan itu adalah satu peringatan daripada militan kepada guru wanita dan pekerja bantuan.

Kawasan berkenaan juga menjadi lokasi serangan terhadap aktivis remaja, Malala Yousufzai, 15, yang cedera parah kena tembakan Oktober lalu. - AP

Sumber dari Bharian
Suara

Suara

Suara
Suara