Current song:

Darurat Di New York

Anthony Ngyen mendapatkan suntikan vaksin wabak
selesema di sebuah klinik di Boston, Massachusetts, kelmarin. 
NEW YORK 13 Jan. - Gabenor New York, Andrew Cuomo semalam mengisytiharkan darurat di seluruh bandar raya ini selepas wabak selesema menyebabkan lebih 19,000 orang sakit, langkah yang membolehkan pakar farmasi memberi imunisasi kepada bayi dan kanak-kanak.

Cuomo berkata, dalam usaha untuk membendung penyebaran virus membawa maut itu, adalah penting untuk mengantung peraturan yang mengehadkan pakar farmasi New York memberikan vaksin selesema kepada pesakit berumur 18 tahun ke atas sahaja.

Keputusan itu dibuat ekoran wabak selesema di seluruh Amerika Syarikat (AS) dijangka berterusan beberapa minggu lagi. Terdapat sekurang-kurangnya 28,747 kes dilaporkan di seluruh AS setakat ini dengan 20 kanak-kanak maut akibat penyakit itu, menurut Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).

Namun, jumlah sebenar mungkin jauh lebih tinggi kerana ramai yang sakit tidak berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan. “Kami berdepan dengan wabak selesema terburuk sejak 2009 dan penyakit itu sedang merebak di bandar raya ini dengan kes dilaporkan di semua 57 daerah di New York.

Sehubungan itu, saya mengarahkan jabatan pentadbiran, kesihatan dan semua pihak untuk mengumpulkan seluruh sumber diperlukan dalam menangani darurat kesihatan wam dan menghapuskan semua sekatan bagi memastikan semua penduduk New York mendapatkan vaksin," katanya dalam satu kenyataan.


Sumber Dari Utusan
Disiarkan Pada : 14/01/2013

Suara

Suara

Suara
Suara