Current song:

Messi Terbaik Dunia

Lionel Messi (kiri)
BINTANG bola sepak kelahiran Argentina, Lionel Messi, 25, dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Dunia buat kali keempat berturut-turut awal pagi tadi.

Anugerah Ballon d’Or FIFA 2012 menjadi milik Messi selepas pemain Barcelona itu memecahkan rekod dengan menjaringkan 91 gol untuk kelab dan negaranya mengatasi legenda bola sepak Jerman, Gerd Muller yang menjaringkan 85 gol pada tahun 1972.

Pemain Real Madrid dan Portugal, Cristiano Ronaldo berada di tempat kedua manakala rakan sepasukan Messi, Andres Iniesta di tempat ketiga. Dalam Majlis Anugerah FIFA yang diadakan di Zurich, Switzerland itu, Messi menerima 41.60 peratus undian mengatasi C.Ronaldo (23.68 peratus) dan Iniesta (10.91 peratus).

Dia menerima Anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA pada 2009 sebelum memenangi Ballon d’Or FIFA pada 2010 dan 2011 apabila gelaran berkenaan digabungkan dengan anugerah Ballon d’Or yang dianjurkan oleh majalah France Football.

Penyerang legenda Brazil, Ronaldo dan pemain tengah Perancis, Zinedine Zidane dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Dunia FIFA sebanyak tiga kali namun bukan secara berturut-turut, manakala Michel Platini memenangi anugerah Ballon d’Or tiga kali berturut-turut pada tahun 80-an. - REUTERS


Senarai Pemenang

Jurulatih Terbaik 2012 - Vicente Del Bosque (Sepanyol) dan Pia Sundhage (Bekas jurulatih pasukan wanita Amerika Syarikat)

Pemain Wanita Terbaik 2012 - Abby Wambach (AS)

Anugerah Puskas (Jaringan Terbaik) - Miroslav Stoch, Fenerbahçe

Anugerah Presiden FIFA - Franz Beckenbauer

Anugerah FIFA Fair Play - Uzbekistan


Sumber Dari Metro
Disiarkan Pada : 08/01/2013

Suara

Suara

Suara
Suara