Current song:

'Saya Akan Terus Berjuang'

Sultan Ahmad Shah meneliti memorandum daripada
Hafizan Hassan (dua dari kiri) di Pangkalan TUDM
di Kuantan, semalam. 
KUANTAN - "Saya akan terus berjuang demi masa depan bola sepak negara."

Itulah reaksi Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah mengulas tindakan beberapa pihak yang mendesak baginda meletak jawatan berikutan kegagalan pasukan bola sepak negara mempertahankan Piala Suzuki AFF, bulan lalu.

Presiden FAM itu menegaskan, kalah dan menang dalam sukan boleh sepak bergantung kepada nasib. "Kalau asyik menang tidak payah hendak lawan dengan pasukan lain. Mungkin tahun lalu nasib kita tidak baik, malah Thailand pun kalah dengan Singapura.

"Kita kena berusaha sikit lah. Jangan sebab nila setitik rosak susu sebelanga. Tidak boleh macam itu, hanya disebabkan pasukan negara kalah piala tersebut, terus hendak putus harapan," titah Sultan Ahmad Shah.

Sultan Pahang itu bertitah demikian ketika ditemui pemberita selepas menerima memorandum daripada 100 ahli Badan Bertindak Menyokong Presiden FAM di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini, semalam.

Penyerahan memorandum tersebut disampaikan oleh pengerusi badan terbabit, Hafizan Hassan.

Baru-baru ini, sekumpulan penyokong skuad Harimau Malaya menyuarakan pandangan mereka terhadap kegagalan bola sepak Malaysia selepas gagal mempertahankan Piala Suzuki AFF.

Kumpulan itu mendesak Presiden FAM berundur dan memberi laluan kepada muka baru dalam menguruskan persatuan itu.

Sultan Ahmad Shah bertitah, negara ini mempunyai ramai pemain yang boleh bermain dengan baik dan sepatut diberi peluang yang sewajarnya.

"Saya mahu membaiki kedudukan negara dalam arena bola sepak di rantau Asia ini. Bola sepak merupakan sukan yang berdaya saing jadi kita juga tidak mahu ketinggalan daripada negara lain.

"Jadi kita kena berusaha dari semasa ke semasa dan memberi harapan baru kepada pemain-pemain-pemain muda. Kita ada banyak pemain yang berkaliber di seluruh negeri jadi gunakan peluang itu sebaik mungkin," ujarnya.

Sementara itu, Hafizan berkata, memorandum itu antara lain meminta Sultan Ahmad Shah tidak meletak jawatan dalam FAM kerana Tuanku telah memimpin persatuan itu dengan baik.


Sumber Dari Utusan
Disiarkan Pada : 12/01/2013

Suara

Suara

Suara
Suara