Current song:

Jemaah Takut Surau Kena Tembak

ZAINAL ARIFIN menunjukkan kesan tembakan yang
mengenai tingkap di ruang solat jemaah wanita
Surau Baitul Rahman Aman Perdana, Kapar kelmarin.
KLANG - Seramai 18 jemaah Surau Baitul Rahman Aman Perdana, Kapar di sini ketakutan apabila tingkap cermin di ruang solat wanita terkena dua tembakan dipercayai menggunakan senapang angin kelmarin.

Tembakan pertama berlaku pada pukul 8.10 malam sebelum tembakan kedua berlaku 10 minit kemudian.

Bilal surau itu, Zainal Arifin Abdul Fakeh , 56, berkata, ketika kejadian semua jemaah baru selesai solat Maghrib dan ada beberapa jemaah mengaji al-Quran.

"Seorang jemaah wanita yang mendengar bunyi barang jatuh di belakangnya tergamam dan terkejut apabila rehal al-Quran yang dialihkan dari cermin surau tersebut terdapat sebutir peluru. "Pemeriksaan kemudian menemui sebutir lagi peluru terjatuh betul-betul di belakang wanita itu," kata beliau dengan memberitahu wanita itu bernasib baik apabila tidak terkena tembakan.

Menurut Zainal Arifin, surau berkenaan tidak pernah menerima ugutan sebelum ini tetapi kejadian dibaling dengan peluru berbentuk guli pernah berlaku pada tiga minggu lalu.

"Kami tidak mengesyaki apa-apa ketika itu kerana menyangka kejadian tersebut hanya perbuatan kanak-kanak bermain pistol guli.

"Bagaimanapun, kejadian malam semalam (kelmarin) pelik dan dikhuatiri mengancam keselamatan jemaah apabila kami dimaklumkan terdapat lapan kelongsong peluru ditemui iaitu enam di atas rumput di luar kawasan surau manakala dua lagi ditemui di lantai surau ini," ujarnya.

(Sumber Dari KOSMO! 20/02/2013)




Suara

Suara

Suara
Suara