Current song:

‘Raja Syabu’ RM15 Juta

NOOR Rashid (kanan) menunjukkan bungkusan
dadah jenis syabu yang dirampas.
Kota Kinabalu: Satu sindiket pengedaran dadah antarabangsa diketuai seorang lelaki bergelar ‘Raja Syabu’ tumpas apabila dicekup bersama 12 lagi ahli kumpulannya dalam beberapa siri serbuan di sekitar bandar raya ini membabitkan rampasan syabu seberat hampir 75 kilogram (kg) yang mencecah nilai pasaran lebih RM15 juta.

Serbuan dijalankan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman bersama JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, turut menahan tiga ahli sindiket warga Hong Kong, berusia antara 25 dan 53 tahun.

Pengarah JSJN Bukit Aman Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati kumpulan terbabit turut merancang mendirikan makmal dadah.

“Dalam serbuan ini, polis merampas 74.98 kg syabu, wang tunai RM31,946 dan mata wang Hong Kong HK28,880 selain beberapa kereta mewah seperti Porsche, Mercedes Benz dan BMW turut disita.
ANTARA kereta mewah yang dirampas.
“Sindiket ini diketuai rakyat tempatan digelar ‘Raja Syabu’ dan mereka merancang mendirikan makmal dadah bagi memproses syabu di negeri ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, di sini, semalam.


Sumber Dari Metro
Disiarkan Pada : 15/02/2013

Suara

Suara

Suara
Suara