Current song:

DNA Babi Ditemui Dalam Sosej Halal

Gambar Hiasan
London: Pihak berkuasa Britain mengesan DNA babi dalam sosej ayam halal yang dihidangkan di sebuah sekolah rendah.

Dalam ujian lain, produk daging kisar yang dibekalkan kepada Majlis Westminster di sini menunjukkan adanya DNA kambing dan babi.

Sosej itu adalah pilihan utama bagi 15 sekolah rendah, dua tadika dan sebuah sekolah khas serta sebuah unit rujukan pelajar yang menggunakan daging halal saja. DNA babi itu dikesan selepas diuji di St Mary’s Bryanston Square, sebuah sekolah Kristian di barat London.

Pihak berkuasa sudah melancarkan siasatan ke atas pencemaran itu. Pegawai Westminster segera menarik balik semua produk itu daripada menu sekolah dan mengarahkan kontraktornya berhenti membekalkannya hingga isu itu selesai.

Pasar raya Aldi juga mendedahkan, satu kajian rambang produk ‘Oakhurst Frozen Meatloaf’ pula didapati ada DNA kuda.
(Sumber Dari BERITA HARIAN 16/03/2013)
Suara

Suara

Suara
Suara