Current song:

Malaysia Turun Skuad Terbaik

MALAYSIA hanya memerlukan seri untuk mara ke final 
IPOH - Malaysia hanya perlu seri dengan India hari ini untuk mencari tiket final Piala Sultan Azlan Shah, namun tempoh 70 minit menentang gergasi hoki Asia itu bukan mudah dan Paul Revington enggan mengambil risiko dengan membariskan skuad kedua. Jurulatih negara itu sebaliknya akan membariskan pasukan terbaik untuk cuba mencari kemenangan.

Dua slot final edisi ke-22 kejohanan bakal ditentukan dalam perlawanan terakhir peringkat liga di Stadium Azlan Shah, Ipoh malam ini. Australia berkongsi lapan mata bersama pasukan negara, namun memegang kelebihan jaringan yang banyak, tujuh gol mengatasi Malaysia.

Biarpun India menghuni tangga tercorot, namun Revington menganggap tugas mendapatkan satu mata hari ini adalah berat. Jika Malaysia kalah dalam perlawanan terakhir, maka keputusan pertemuan Australia dan New Zealand akan menjadi penentu.

"Kita akan menurunkan barisan terbaik untuk berdepan India tanpa mengira apa yang akan berlaku dalam pertemuan Australia dan New Zealand. "Tidak timbul soal tentang merehatkan pemain-pemain utama hanya kerana kita fikir sebelah kaki sudah berada di final.

"Masih terlalu awal untuk bercakap tentang perlawanan akhir kerana kami perlu melepasi satu halangan yang besar sebelum meneruskan kemaraan," kata Revington. Malaysia hanya pernah beraksi dalam tiga final Piala Sultan Azlan Shah sejak kejohanan diperkenalkan pada 1983.

Kali terakhir kita berdepan India adalah pada Trofi Cabaran Juara-Juara Asia tahun lalu, di mana Malaysia menang 5-3. Revington mengingatkan anak buahnya supaya berhati-hati kerana India boleh menidakkan hasrat Malaysia ke final.

Sementara itu India tetap berazam mengecewakan pasukan negara biarpun keputusan perlawanan tidak memberi makna kepada mereka. Jurulatih India, Michael Nobbs menganggap pertemuan dengan Malaysia adalah penting untuk pemain mudanya menimba pengalaman.

(Sumber Dari UTUSAN 16/03/2013)



Suara

Suara

Suara
Suara