MAYAT Musa Abdullah ditempatkan dalam satu ruangan khas bersama mayat pengikutnya di Hospital Lahad Datu. |
Pengesahan itu dibuat Ketua Forensik Ops Daulat Superintendan Hussein Omar Khan semalam, sekali gus menolak laporan sebuah akhbar sebelum ini yang mendakwa pemimpin berkenaan adalah Abgimuddin Kiram, iaitu adik kepada Jamalul Kiram III.
Hussein berkata, identiti Komander Musa yang berusia lingkungan 50-an dikenal pasti hasil bedah siasat dilakukan di Hospital Lahad Datu bersama 15 lagi mayat pengganas lain. “Semua 16 mayat dibawa sejak malam tadi (kelmarin) adalah sebahagian daripada mayat 31 pengganas ditembak mati dalam pertempuran di Kampung Tanjung Batu, Khamis lalu.
MAYAT Musa Abdullah ditempatkan dalam satu ruangan khas bersama mayat pengikutnya di Hospital Lahad Datu. |
(Sumber Dari METRO 12/03/2013)